Setiap kali bulan ramadan, sahabat saya akan bercerita kepada saya bahawa pada bulan ramadan syaitan akan dirantai. Ini bagi membolehkan umat islam dapat menunaikan ibadah puasa dengan lancar tanpa godaan daripada syaitan. Dirantainya syaitan, umat islam juga dapat mengelakkan daripada digoda syaitan sepanjang bulan ramadan.

Plaza Low Yat merupakan nama yang tidak asing bagi igufran. Igufran jarang pergi di Low Yat sebab igufran duduk jauh di Sabah. Apabila ada kesempatan makan angin di Kuala Lumpur, igufran akan melepak berjam-jam di situ untuk mendapatkan barangan elektronik yang igufran suka. Di situ banyak pilihan pelbagai jenis barangan elektronik. Harga barangan juga berpatutan berbanding dengan harga yang ditawarkan di tempat igufran tinggal. Kalau diikutkan hati, semua mahu dikebas tetapi apakan daya, bukan semua barang di situ sebagai satu keutamaan.

Setiap kali igufran berkunjung ke Low Yat, igufran ia bagaikan syurga di muka bumi. Suasananya tenang walaupun igufran dapati kebanyakan pekerja yang bekerja di situ merupakan orang Bangla. Rasanya kebanyakan mereka bukan rakyat Malaysia. Memerhati mereka melakukan promosi, ada rasa geli hati melihat tingkah laku mereka. Tak apalah, asalkan tidak menganggu keselesaan orang pengunjung.

Semalam igufran digemparkan dengan satu berita rusuhan berlaku di Low Yat. Perkara pertama yang terlintas dalam fikiran igufran ialah syaitan terlepas di Low Yat. Rantai yang digunakan untuk merantai syaitan kurang kuat atau syaitan yang dirantai terlalu ganas.

Banyak versi punca rusuhan yang igufran dengar dan baca. Ada yang bagitahu kumpulan yang merusuh tidak berpuas hati kerana terbelikan handphone tiruan. Ada pula versi yang mengatakan perusuh bertindak sedemikian kerana tidak berpuas hati apabila dituduh mencuri handphone di Low Yat.

Apapun alasan, bagi saya perusuh sah dirasuk syaitan. Jika benar perusuh marah kerana terbeli barang tiruan, mengapa tidak menggunakan saluran yang betul? kecuali kalau perusuh tidak mempunyai pengetahuan hak pengguna. Mengapa tidak pergi ke balai polis untuk buat laporan kemudian pergi ke tribunal pengguna untuk menuntut ganti rugi?

Andai perusuh marah kerana dituduh mencuri, mengapa tidak membuktikan yang dirinya tidak mencuri. Perbuatan merusuh sebagai penafian tidak melakukan jenayah bukanlah cara yang betul. Perbuatan seperti ini biasanya dilakukan oleh orang yang benar-benar melakukan kegiatan jenayah, mencuri. Jadi, apakah cara betul membuktikan dirinya tidak mencuri? Jika saya ajukan soalan ini kepada budak darjah 1 pun tahu menjawabnya. Setiap pembelian ada resit rasmi daripada peniaga. Sekarang ini lagi lengkap resit dengan nilai GST. Jadi mengapa si perusuh tidak tunujkkan resit pembelian bagi membuktikan dirinya tidak mencuri? Gagal menunjukkan resit barang bermakna ia barang curi. Pengguna yang bijak sebaik-baiknya menyimpan resit pembelian selama setahun iaitu seusia dengan jaminan barang yang dibeli.

Igufran tidak pasti, mungkin isu resit tidak dinyatakan kenyataan para netizen. Mungkin ada ditunjukkan atau sebaliknya.

Buat masa ini igufran berpendirian perusuh sememangnya dirasuk syaitan. Tunjukkan resit pembelian barulah igufran mengubah pendirian. Supaya tidak kalah malu kata orang Sabah, pergilah mengamuk dengan orang yang bongkar kegiatan buruk perusuh.


Post a Comment